Sejarah Short Belfast

Short Belfast dimajukan bagi memenuhi keperluan Pasukan Udara DiRaja bagi kapal terbang pengangkut dengan keupayaan mengangkut pelbagai jenis kargo tentera bagi jarak jauh. Karg0 tentera yang dibayangkan termasuk artileri, lebih 200 tentera, helikopter dan peluru berpandu. Reka bentuk Short berasaskan kajian yang mereka lakukan pada akhir 1950-an dan projek bermula sebagai SC.5/10 pada Februari 1959. Dari reka bentuk tersebut, prototaip Belfast terbang buat kali pertama pada 5 Januari 1964. Pesawat ini diterbangkan oleh ketua juruterbang ujian Short, Denis Taylor, anak kapalnya terdiri daripada Peter Lowe (juruterbang ke-2), Malcolm Wild (jurutera), Ricky Steel (jurutera penerbangan), Bill Mortimer (pengendali radio & navigasi), Alex Mackenzie dan Gil Thomas (pemantau penerbangan)[2].

Belfast dikenali sebagai pesawat kedua yang dilengkapkan dengan peralatan pendaratan buta pendaratan automatik (autoland).

Untuk memenuhi tuntutan spesifikasi, Belfast menggunakan empat sayap tinggi dilengkapi dengan empat turboprop Tyne Rolls-Royce. Dek kargo sepanjang 64 kaki dalam fiuslaj selebar 18 kaki diameter (cukup luas bagi dua bas satu tingkat), dicapai melalui "ekor beaver" dengan pintu muatan belakang dan tanjakan bina dalam. Bahagian bawah utama merupakan dua bogi 8-tayar dan 2 tayar hadapan. Belfast mempunyai keupayaan berat berlepas (maximum takeoff weight - MTOW) lebih 220,500 lb (100 tan) tetapi masih kurang berbanding pesawat semasa 250-tan MTOW Antonov An-22 dan 128-tan MTOW Douglas C-133 Cargomaster. Ia mampu membawa 150 tentera berkelengkapan penuh, atau kereta kebal Chieftain atau dua helikopter Westland Wessex.